UITM dah berubah?

Assalamualaikum dan hai~!
Dah lama sangat dah ni aku tak update blog aku. So, untuk kali ini aku nak post entri berkaitan dengan UITM lagi. Khas untuk student yang baru nak masuk UITM dan yang baru nak mengenali UITM ni. Ada certain things yang dah berubah di UITM ni. So, firstly pasal interim.

Interim ni apa? Interim ni macam minggu percubaan untuk rasa life UITM lah bagi aku. Minggu interim ni hanya diaplikasi kepada pelajar baharu diploma sahaja bukan degree ya. Ada beberapa subject sahaja yang pelajar baru ni perlu belajar. Aku tak berapa tahu sangat berkaitan dengan minggu interim ni. Basically tak silap aku minggu interim ni selama 6 minggu tak silap aku. Korang kena buat video lah, and belajar subject yang simple-simple je just like CTU (agama) dan ELC (english) and beberapa subject lain yang aku tak sure code nya.

Dalam minggu interim ni, pelajar baharu diploma ni masih menjalani kor. Kor tu apa? Kor tu macam koko lah dekat sekolah menengah. Cuma namanya singkat sikit lah jadi kor. Oh ya, aku ni dari dulu janji nak buat entry pasal kor. Sampai kesudah aku tak buat. Sorryy buat sesiapa yang menunggu walaupun aku rasa takda siapa pun yang menunggu. Hahahhaaaha. Nantilah aku buat entri berkaitan dengan kor ni. Ada kor apa dekat dalam UITM ni. Akan tetapi, aku akan lebih fokus kor yang ada di UITM segamat lah. Sebab aku ni student UITM segamat.

Alright apa lagi yang ditukar? Yang ditukar basically cuti-cuti pelajar diploma yang lama je lah. Di mana, pelajar diploma lama akan start kuliah sama dengan pelajar degree. So yup, basically yang itu sahaja sebenarnya. Aku tak tahu lah nak berceloteh apa lagi. Aku rasa dah lama aku tak update blog. So, aku nak post at least satu entry lah since sekarang ni aku tengah cuti sem. Gais aku dah nak masuk part 4 gais. Hahahahhaha. Tak sangka dah nak habis. Sekarang tengah tunggu result final part 3 pulak. Aku harap aku still dapat dekan. Tolong doakan aku gais. Aku harapkan aku dapat genggam title anc at least untuk diploma year aku. Kalau dekat degree aku takut tak tercapai hasratnya 😂

So yeah, ini sahaja content entry untuk kali ini. Tak panjang sebab aku ketandusan idea nak cakap pasal apa. Korang yang baca blog aku ni bagilah aku tajuk nak cakap pasal apa. And kalau ada apa-apa nak tanya, feel free untuk hantar email kepada aku di emilyauni98@gmail.com