Assalamualaikum dan hi!
Alright. Dah lama gila kot aku tak update aku punya blog. Sangat-sangat lama ya rakan-rakan. And now, I'm Back! Yeahhhhhhh! I just thought that lepas SPM aku langsung tak sentuh blog ni. And setiap post aku pun aku dah lupa.
Alhamdulillah dah nak dekat setahun aku tak aktif kat blog, but then, nasib baik aku still ingat password and tiba-tiba terdetik kat hati untuk berblogger. As you know, aku orang yang biasa-biasa je. Tak ada yang special. Lebih matang sikit je lah kut. Sebab aku dah 18 tahun. Tapi tak official lagi lah sebab belum birthday.
And then, aku tengok view pun aku agak terkejut sebab still lagi ada orang buka blog aku and maybe baca-baca sikit. Hahaha. Ok aku bahagia. Alaaaaa aku guna laptop so tak ada emoticon pulaaaaaa.
Alright, long time no see. Kali ni aku nak cerita pengalaman aku sepanjang setahun aku menghilang dari blog. HAHAHA. So basically aku lepas SPM memang totally rehat lah kan. And aku tak kerja or what so ever. Just duduk rumah ternak lemak.
Ok. Let's get started!
So sekarang ni, aku dapat sambung belajar dekat UITM Segamat. Alhamdulillah tak terkata sebab at least dapat banggakan ibu dengan ayah aku terutama sekali ayah aku sebab dia memang ada angan-angan salah seorang anak dia dapat masuk universiti. Kalau macam abang aku, dia Politeknik. And masa zaman aku mohon UPU pun aku memang kalau boleh nak masuk Politeknik. But, tak ada rezeki masuk situ.
For your information, aku dapat course Pengurusan Maklumat. Masa mohon UPU aku main mohon ja course ni sebab aku fikir akan belajar macam ada kira-kira and ada kena mengena dengan akaun. Then, aku dapat course ni and try search semampu mungkin pasal course ni. Then, aku terjumpa agak banyak juga blog yang cakap pasal Pengurusan Maklumat.
And bila dikaji selidik rupa-rupanya memang tak ada langsung matematik. Totally memang tak ada langsung. So, for those yang suka belajar Sejarah or any other subject yang memerlukan kemahiran menghafal yang tinggi, anda bolehlah mohon course ni. Atau bagi sesiapa yang memang anti dengan subjek matematik or kira-kira, mohonlah.
So, aku memang suka matematik. Untuk matematik modern, aku dapat A+ untuk SPM. Matematik ja lah yang mampu tahap A+ tu. HAHAHA. Tapi Add Math setakat mampu C+.
Kau orang boleh bayang tak apa yang aku rasa bila course yang aku dapat ni tak ada Matematik langsung. At first, memang tak percaya langsung tak ada Matematik. Tapi, bila dah belajar sendiri kat sini memang totally tak ada matematik. Serious talk ni. Macam mana kau orang belajar Sejarah, macam tu lah kau orang belajar Pengurusan Maklumat.
Ok, untuk yang baru nak mohon UPU bagai ni, kau orang kena pilih yang betul-betul ikut citarasa kau orang and ambil lah sedikit apa yang ibu dengan ayah kau orang cakap. Sebab sekarang ni aku memang agak menyesal sebab tak ikut cakap parents aku. Parents aku suruh aku amik course kejuruteraan ikut macam abang aku sebab Matematik aku kuat. Tapi, aku tak nak sebab entahlah aku tak ada hati langsung nak masuk bidang kejuruteraan ni.
Lepas tu, aku pergi mohon course yang aku tak tahu langsung. Contohnya, Pengurusan Maklumat ni lah. Bila dapat tahu tak ada Matematik memang menangis tak berlagu lah jawabnya. And, at the same time, aku dapat tawaran matrikulasi. Ayah aku tak nak sebab dia takut aku tak boleh nak bawa sebab matrikulasi ni memang jadual dia padat. Aku pula dapat program satu tahun, memang berlipat-lipat lah padat dia.
Pastu, aku dapat tawaran aliran sains dekat matrik tu. Lagi aku tak nak sebab aku memang tak ada hati dengan bidang sains ni sebab totally memang aku tak minat sains langsung! Even though aku masa sekolah menengah aliran sains asli. Alhamdulillah lah aku boleh tamatkan zaman sekolah aku dengan aliran yang agak bertentangan dengan minat aku. Nasib tak ada gagal.
Ok, berbalik semula pasal UPU tu, kau orang memang kena kaji selidik sikitlah untuk course yang kau orang minat unless kau orang memang dah tahu course tu belajar apa. Bila aku dapat course ni, aku kuatkan hati aku lah untuk cabar diri aku ambil course yang perlu menghafal ni. At least bukan pasal sains course aku ni. Kalau Sejarah aku dapat A masa SPM kenapa aku perlu takut untuk ambil course ni. At that time, memang aku doa banyak-banyak untuk dipermudahkan urusan sepanjang belajar.
Alhamdulillah still lagi hidup walaupun otak aku nak pecah menghafal semua benda. Sekarang ni tengah cuti untuk sem 1. Nanti bulan 12 aku nak kena masuk balik untuk sem 2. Lebih mencabar. Sedangkan sem 1 pun mencabar apatah lagi sem 2. ya ke idok? HAHAHA.
Nanti tengok lah aku buat post pasal Pengurusan Maklumat and serba sedikit pasal UITM Segamat. UITM Segamat is the best dude! HAHAHA. Tapi sebenarnya semua tempat belajat best sebab kenangan kita kan. Mana ada tempat belajar yang tak best bagi seseorang individu itu. Walau pahit pun tetap akan jadi manis sebab pengalaman kita akan jadi kenangan yang bila kau orang flashback kau orang akan tersenyum and akan mempersoalkan setiap tindakan. HAHAHA.
Ok, I think sampai sini je lah kut aku nak berkongsi pasal pengalaman aku even though banyak lagi. Banyak sangat! Nanti ada masa lagi aku cerita lagi. And maybe aku buat volume yang ke dua ke untuk pengalaman aku sepanjang setahun ni.
Assalamualaikum and bye!