Tips Masuk Universiti

Assalamualaikum dan hi!

Ok, hari ini aku akan cakap pula pasal tips untuk masuk universiti ni. Since aku ni dikira baru lah juga masuk universiti so, aku nak share tips untuk kau orang apa yang perlu dibawa apa yang tak perlu dibawa.

And also, aku akan cerita serba sedikit pasal kehidupan universiti. Kalau pasal kehidupan universiti ni, maybe pandangan aku lain sedikit daripada orang lain. Sebab aku menilai dari sudut pandangan aku. Kalau orang lain tu, ikut suka hati dia orang lah nak fikir pasal apa.

OK. Let's get started!!!!

1. Pakaian
Bab pakaian ni, untuk lelaki memang tak ada masalah kut. Yang perempuan ni hah. Macam aku lah. HAHAHA. Kalau boleh semua benda nak bawak. Even though aku dah 5 tahun duduk asrama, bila masuk universiti rasa macam semua benda baju aku nak bawa sebab takut tak cukup.

Mari sini aku cakap. Kalau dekat universiti ni, tak payah bawa banyak sangat baju dengan alasan takut orang perasan kita pakai baju yang sama. Kalau rasa malu sangat asyik pakai baju sama, it's up to you. Nanti kau orang rasalah sakit badan bila dah last sem bila kau nak angkut barang-barang kau keluar. Kalau kau duduk rumah sewa maybe tak rasa terbeban sangat. Tapi, yang duduk kolej ni. Haa sedap badan kau nak angkut barang nanti.

Pakaian ni tak payah banyak sangat. Kau bawa banyak banyak pun kau akan tetap pakai baju yang sama sebab kau rasa selesa dengan satu baju tu. Serious tak tipu. Jangan risau sangat baju tak cukup bagai. Gerenti cukup. Unless kau jenis yang malas basuh baju. Yang tu memang tak boleh tolong lah.

2.Barang mandian
Penting ni. HAHAHA. Kalau tak memang tak mandi lah kau. Masam je bau badan. Kalau nak beli kat kedai pun mesti terketar nak keluarkan duit. Al maklumlah selama ni ayah yang bayar. Sekarang bila kita yang keluar duit baru lah rasa mahal dia. So, sebelum duit kita dikeluarkan, kita pulun duit ayah habis-habis. HAHAHA.

Kalau kat kolej aku, barang mandian letak dekat dalam bilik masing-masing. Tak tahulah universiti lain buat macam mana. Maybe orang akan pelik. Memanglah letak kat bilik masing-masing sebab barang kita. Kalau asrama aku masa sekolah menengah, kita orang akan letak dalam tandas ja baldi segala bagai. And, ada satu bilik khas untuk kita orang untuk letak bahan mandian.

Kalau kat kolej ni, aku rasa semuanya memang letak dalam bilik lah kut. And, don't expect yang tandas penuh sepanjang masa. HAHAHA. Tandas kolej aku akan penuh bila dah nak Maghrib. Dalam 6.30 tu gerenti penuh. Tapi tak ada lah sampai orang macam sardin dalam tu. Means, tandas yang digunakan penuh lah. Tak ada lah sampai beratur panjang. At least yang beratur setakat 2 orang je. Rasa macam kat rumah ja bila kau nak kena beratur tunggu family kau mandi.


3.Ointments

Ok, ada sesetengah orang yang anggap tak penting pun bawa semua ni. Tapi, ikut otak aku memang penting sebab kau tak tahu lagi persekitaran kau orang macam mana. Mana lah tahu makanan yang dijual tak boleh dihadam oleh perut kau. Terutama sekali bagi orang yang mempunyai perut 'sensitif'. HAHAHA.

Sensitif ni maksudnya senang nak sakit perut bila makanan tu macam tak sesuai untuk perut kau. Benda ni memang berlaku dekat aku sendiri. Banyak sangat makanan yang aku tak boleh makan kat sini. Memang BANYAK sangat. Kalau aku makan, aku akan cirit birit. Contohnya macam makanan yang terhidang and kita tinggal pilih ja tu. Kan makanan macam tu sesuai untuk student sebab murah and banyak pilihan. Tapi aku memang tak boleh makan pun. So, terpaksa lah terketar-ketar keluar duit untuk makanan yang kena order baru lah siap tu. Kan mahal makanan macam tu sebab fresh from kuali. HAHAHA.

And also, kalau kau tergelincir ke kat tandas or else kau rasa sengal-sengal badan ke. Boleh lah guna minyak-minyak yang kau dah bawa. Terutama sekali yang baru masuk universiti and kena menjalani Minggu Destini Siswa(MDS). Sapa yang tak aktif bersukan tu memang totally akan rasa urat kaki and badan kau tegang. Sebab masa MDS ni, kau memang kena guna sepenuh tenaga kau untuk berlari kehulu kehilir. Universiti bukan macam sekolah ya. Sekolah tu kalau kau rasa kantin tu jauh dari kelas kau, dekat universiti ni memang lagi jauh lah senang kata. Rasa macam buat marathon ah.

4.Makanan and minuman
Ok, makanan memang penting untuk budak universiti. Kalau kau orang jenis yang tak makan makanan ringan, belilah roti or biskut untuk kau orang sarapan. And also minuman 3in1 tu. Dekat universiti ni adalah tempat untuk pelajar bermalas-malasan. Kau tak akan ada masa nak turun untuk sarapan pagi even kelas kau start pukul 10 sekali pun. HAHAHA.

Aku punya kelas start pukul 10. Usually aku akan bangun pukul 8 and bersiap-siap. Memang tak ada masa lah nak pergi turun bawah and sarapan bagai. And lagi satu, tempat makan kat kolej aku ni memang buka masa pukul 10. So, sarapan aku setiap hari air milo and biskut. Kadang-kadang air milo ja. Sebab tak ada selera makan biskut.

5.Barang solat
Ni memang penting lah kan. Untuk lelaki setakat kopiah, sejadah and kain pelekat. Kalau perempuan bawa telekung jangan lupa ya. And also, jangan ingat yang itu ja. Jangan lupa bawa sekali Al-Quran and Yaasin. Al-quran ni first untuk subject CTU nanti. Dia lebih kurang subject pendidikan Islam lah. Kalau dekat UITM ni, subject CTU memang wajib untuk semua pelajar. And also, Al-Quran and Yaasin kau kena bawa untuk perlindungan diri kau.

Bukan nak takutkan kau orang tapi memang penting untuk lindung diri dari benda-benda yang tak sepatutnya. Kalau ada masa tu, baca lah kat bilik kau orang. Macam-macam kes tau sekarang ni. Terutama untuk perempuan lah. Aku nak cerita tapi macam tak ada kena mengena.

Ok, macam ni. Belajar memang belajar. Bak kata orang belajar sungguh-sungguh. Tapi jangan pernah stress kan diri kau orang. Serious ni. Jangan push hard sampai kau orang rasa depressed. Banyak sangat kes kat kolej perempuan ni terutama sekali masa final exam. Just follow the flow and jangan terlampau push sampai kadang-kadang ada yang terkena histeria. And, ada juga yang sampai menjerit sebab stress. Nak lepas geram punya pasal.

Wujudkan kebergantungan kau orang terhadap Tuhan. Then, InsyaAllah tak ada masalah and kau orang punya study pun tak rasa macam something yang membebankan kan. Kita belajar ni kene relaks. Ya lah memang kena struggle tapi at the same time enjoy your study with you friends and your environtment. Jangan terperap ja. At least pergi keluar and enjoy your life. Jangan kurungkan diri 24/7 mengadap buku. Wujudkan masa untuk diri kau orang juga. Tapi jangan melebih-lebih lah.

6. Cadar and Sarung bantal
Yang ni memang penting lah kan. Kalau tak tidur dengan katil yang tak bercadar lah kau orang. And also, bawa lah semburan macam febreeze or apa-apa yang boleh hilangkan kuman. Bila masuk kolej ni, jangan expect semua benda baru. Tilam yang kau orang dapat bukan kau orang ja yang pernah tidur kat atas tu. Ramai lagi yang dah pernah tidur and memang tak lah nak bertukar setiap tahun.

As you know, cuti sem ni lebih kurang sebulan lebih. Bilik ni kalau kau tinggalkan seminggu pun memang dah boleh berhabuk sana sini. So, bawa febreeze and sebelum sarungkan cadar, sembur dulu sebab aku dah kena. HAHAHA. Habis kaki and tangan aku kena gigit. Buruk terus. Nasib cepat hilang. Kalau macam roommate aku lagi teruk. tak hilang dia punya kesan. Lagi-lagi bagi sesiapa yang ada allergic dengan habuk macam aku ni. Seksa woi.

Lagi satu, jangan lupa bawa bantal. Sebab yang disediakan hanyalah katil and tilam untuk tempat tidur. Bantal tak disediakan. Kat tempat aku memang tak disediakan tak tahulah universiti lain macam mana. Nanti kau orang tengoklah dekat kertas yang pihak universiti bagi pasal keperluan yang perlu dibawa. Selimut pun bawa lah.

7. Barang elektrik
Ok, yang ni memang penting lah. First, IRON. Tak tahulah kalau-kalau universiti lain dah siapkan bilik iron ke apa. Tapi, kat tempat aku kita kena bawa iron sendiri and of course lah iron dalam bilik sendiri. Untuk iron board, tak payah bawa pun tak apa. Meja belajar kan ada. HAHAHA. Macam roommate aku dia akan iron kat lantai je and alas dengan kain batik. Haa, kain batik tu penting! Untuk lelaki aku tak tahu pula. Aku tak boleh nak imagine macam mana kehidupan lelaki kat dalam kolej. Serious. Segala aktiviti dia orang lah aku memang blank.

Means, aku tak tahu dia orang iron baju ke tak atau basuh baju ke tak atau tertatur ke tak hidup dia orang. HAHAHA. Aku memang tak boleh nak bayangkan macam mana dia orang uruskan diri dia orang.

Then, jug kettle. jangan lupa. Ada yang memang sediakan tempat yang amik air tu. Aku tak tahu nak panggil apa. Yang penting tempat tu nanti kau boleh ambil air panas or sejuk or suam tu. Dia machine tau and machine tu perlu diselenggara setiap bulan. Tapi, macam dekat tempat aku, machine tu aku rasa memang dah lama tak diselenggara. Masa awal aku masuk aku guna air dekat situ. Tapi, terus sakit tekak lah. Then dah terus tak guna and suruh ayah aku belikan jug kettle. Memang keperluan lah terutama sekali kaunak buat air untuk sarapan kau. HAHAHA.

8. Keperluan lain
Keperluan lain ni bukan maksud aku macam tak penting ke apa. Penting tapi aku tak tahu nak masukkan belah mana. Ok, first kasut-kasut. Yang kau orang perlu ada, kasut bertutup untuk hari formal, kasut sukan untuk beriadah and masa MDS pun kau orang kena pakai kasut sukan. Then kasut kasual. Kasut kasual ni untuk kau orang pergi kelas masa hari-hari tak formal. Tak kisah lah kasut jenis macam mana tertutup ke terbuka ke. Tak kisah. Macam aku, hari formal aku hari Isnin.

Mahasiswa kena pakai baju fomal macam pergi office tu tapi tak payah lah sampai blazer pun kau nak pakai. HAHAHA. Untuk mahasiswi kena pakai baju kurung and kasut bertutup. Tapi ada ja orang yang tak pakai pun kasut bertutup macam aku ni ha. Kadang-kadang ja aku pakai kasut bertutup. Pastu selipar jamban jangan lupa. Ni bukan rumah kau masuk tandas tak pakai selipar. HAHAHA.

Pastu file. Yang ni tak payah sebut lah. Kalau budak SPM usually ada file untuk masukkan kau orang punya nota and semua. Macam tu juga lah kat universiti ni. Kau akan belajar melalui slide. Bukan macam kat sekolah guna buku teks. Hanya beberapa subject ja guna buku teks. Kalau aku, subject CTU dengan ELC sahaja yang guna buku teks. Yang lain memang totally guna slide and lecturer akan bagi class rep (ketua kelas) nota tu and class rep kena photostat untuk kelas. File ni kepentingan dia untuk kau letakkan nota mengikut subject and also untuk kau letakkan soalan past year atau soalan test and quiz kau orang.

And then stationary of course. Tak payah lebih-lebih sangat. Biasa-biasa ja dah lah. HAHAHA. Bawa lah pen warna warni sikit. Nanti kau orang nak buat nota senang. Nampak ceria lah nota kau orang nanti. Highlighter tu penting! Untuk kau orang hghlight apa yang lecturer tekankan dekat dalam kelas. Sometimes ada ja lecturer yang bagi kita slide tapi kebanyakan slide tu tak pernah pun keluar periksa. So, highlight ni penting untuk kau membezakan apa yang penting and apa yang tidak.

Ok lah. Aku rasa banyak lagi tapi aku rasa macam dah cukup semuanya. Untuk laptop, ada pelajar yang tak mampu beli laptop. Tak usah risau sebab pihak universiti ni memang ada sediakan perkhidmatann komputer. Selalunya dekat library. Kalau macam course aku ni, memang banyak pakai laptop sebab course aku ni assignment dia dahsyat tahap GIGA (gila gaban). HAHAHA. Nanti lah aku cerita pasal course aku ni.

Alright, rasanya sampai di sini sahaja. Kalau ayat aku macam menyakitkan hati kau orang ke apa ke, sorry lah. I manusia sentiasa ada salh silap.

Assalamualaikum dan bye!