Assalamualaikum dah hi!
Hari ni aku akan berkongsi tips untuk MDS pula. MDS tu apa? MDS tu Minggu Destini Siswa. Program ni memang wajib bagi semua pelajar yang baru masuk universiti. Program ni lebih kurang macam orientasi lah. Aku akan cerita berdasarkan pengalaman aku di UITM Segamat. Aku tak tahu macam mana universiti lain jalankan aktiviti MDS ni. Or maybe universiti lain tak panggil MDS pun.
MDS ni ramai yang akan mengeluh lah obviously sebab ramai yang fikir program ni membosankan or tiring. Sejujurnya MDS ni memang memenatkan so that you can adapt with university life. Penat dia memang best lah. Kau akan berjumpa dengan ramai orang. Ada yang daripada negeri yang berbeza. And aku paling suka jumpa dengan orang Sabah and Sarawak sebab nanti dia orang bercakap guna bahasa dia orang and akan ajar kau orang bahasa dia orang. Memang best gila sebab kebanyakan orang Sabah and Sarawak memang sporting gila. HAHAHA.
MDS memenatkan sebab memerlukan tenaga yang banyak untuk kau berlari sana dan sini. Maklumlah universiti ni besar and kau pula kena kejar masa so, no matter what kau kena lari juga lah. Kecuali yang ada masalah kronik tu, tak ada lah kejam sangat sampai suruh kau orang lari. Yang sakit kronik ni nanti naik kereta PM (Pemimpin Mahasiswa). Yang sihat ni kena lari and sebenarnya memang best weh lari-lari satu UITM ni sebab memang mengenalkan kau orang dengan bangunan-bangunan yang ada kat dalam UITM ni. Bila dah masuk sesi untuk pergi kuliah tak ada lah rasa macam sesat barat sangat.
First day MDS mula petang lepas ibu bapa dah balik. Kita orang masa tu kena turun pakai baju kurung. Lepas Zohor tak silap masa tu. Then, kita orang solat jemaah Asar kat masjid. And dengan pakai baju kurung tu lah kena lari pergi masjid. Aku punya kolej dengan masjid memang jauh lah sebab kolej aku dekat sektor C. Kalau sektor A dengan B dekat lah dengan masjid. Turun tangga ja dah sampai. So, siapa yang sektor C ni berlari lah pergi dekat masjid.
Sorry lah sebab aku tak ingat sangat aktiviti-aktiviti yang ada masa MDS. Yang kau orang kena tahu nanti dia akan perkenalkan semua pasal UITM. Macam mana kau orang nak validate course semuanya lah. Yang pentingnya abang and akak PM akan ajar apa yang kau orang perlu buat lepas daripada MDS. Lagu UITM pun nanti dia ajarkan. Siap ada falsetto bagai. HAHAHA. And masa MDS lah kau orang akan rapat dengan akak and abang PM semua. Dekat UITM Segamat ni akak and abang PM semua sporting gila and kelakar. Tak ada lah yang jenis suka buli-buli or acah-acah senior sangat. Dia orang layan kita macam member ja.
Masa MDS ni kau orang kena pakai baju kurung. And ada certain hari je yang kena pakai baju T-Shirt. Kita orang masa tu ada 2 hari ja pakai baju sukan. Hari yang lain pakai baju kurung. Baju kurung bebas lah. Dinasihatkan bawa baju kurung yang longgar sebab nanti kau orang nak kena berlari bukan berjalan ok. Untuk lelaki kau orang bukan pakai baju melayu ya. HAHAHA. Kau orang pakai baju kemeja. And also jangan lupa bawa kasut sukan. Digalakkan pakai kasut sukan so that masa kau orang lari nanti pressure dia akan kurang. Ceh wah gitu. HAHAHA.
Untuk yang perempuan bawa tudung bawal ya bukan shawl. Bukan waktunya untuk kau orang belit-belit shawl kau orang. And bawa tudung colour cerah so that dia tak serap haba. Sebab kau orang memang kena lari tengah-tengah panas. MDS ja kau orang akan hitam and tak cukup tidur. Hanya waktu MDS sahaja. MDS at least yang paling lama seminggu ja. Aku masa tu setakat 5 hari ja. Ada yang 3 hari ja. Depends kat kau punya universiti lah.
And then bawa jam loceng weh. HAHAHA. Guna phone on boleh asalkan kau bangun pagi lah. Selalunya 4.30 kau kena turun dekat bawah. Sebelum azan Subuh lah. Then pergi berlari ke masjid pagi-pagi buta tu. Dari pagi sampai malam kau akan pakai baju sama. Tapi depends dekat universiti juga. Ada yang bagi kau pergi bilik untuk rehat bagai. Ada yang tak bagi langsung kau sentuh bilik. Memang kau tak akan mandi dari pagi sampai malam. Memang semua bau busuk masa tu. Sebab berpeluh kan so semua orang bau sama ja. Tak payah risau bau kau busuk.
And, jangan lupa bawa botol air. Penting ni. MDS memang menghauskan. Serious ni. Sebab kau akan berpeluh. Kau kena berlari sentiasa bukan duduk relaks-relaks jalan santai-santai. Kau kena berlari. Keluar ja dari satu bangunan kau akan berlari pergi lagi satu bangunan. Jarak bangunan dengan bangunan bukan dekat weh. Kalau kau rasa kantin sekolah kau dengan kelas kau jauh apatah lagi bangunan-bangunan dekat universiti ni. Memang haus weh. Nanti tak cukup air pengsan pula.
Usually start pukul 4.30 then balik pukul 11. Kalau kau orang baik dapat lah balik pukul 11. Kalau kau orang buat masalah dengan akak PM nanti merasa lah balik pukul 12. HAHAHA. MDS memang penat sebab kau tak cukup tidur. Kau penat berlari tapi tidur setakap 3-4 jam. Itu pun still lagi ada yang tidur lambat sebab gelak-gelak dengan member baru. Penat tapi best! Kau akan rasa penat tapi kau happy sebab bual dengan member-member baru and kau pun tak rasa macam nak tidur lah. Lepas tu, keesokkan harinya mata kau akan rabak sebab kau ngantuk. HAHAHA. Ramai weh yang tidur masa orang bagi penerangan.
Yang bestnya, siapa yang tidur nanti muka dia masuk dekat skrin besar and satu dewan akan nampak muka kau tidur. HAHAHA. Lebih baik jangan tidur sebab akak and abang PM memang memasing suka kenakan orang. HAHAHA.
Nanti bawa sekali buku nota sebab nanti kau kena salin benda-benda penting. Maybe untuk sesetengah orang agak tak penting sebab tak nampak lagi kepentingan dia. Nanti dah start kuliah baru lah menggedik nak tahu apa info yang disampaikan masa MDS. Dengar betul-betul apa yang dia cakap. Once kau salah silap-silap kena buang. Tak validate course, tak bayar yuran pengajian . Banyak sangat masaalah nanti. So, dengar lah betul-betul semua penerangan yang dia bagi masa MDS tu.
And then untuk daftar as student nanti, tak payah lah kau bawa X-Ray Film tu ya. Dia tak nak pun. Dia bukan doktor nak tengok kau punya tulang patah ke apa. Dia just nak pengakuan doktor ja. X-Ray tu kau simpan baik-baik dekat rumah ja dah lah. HAHAHA.
Aku rasa yang tu ja kut untuk MDS ni. Baju sukan (untuk hari sukan) bawa lah 2 helai termasuk dengan seluar sukan lah. Then Baju Kurung untuk perempuan dalam 5 helai ke. Pastu baju kemeja untuk lelaki, pakai dengan seluar slack. Aku tak ingat nak kena pakai tie ke tak. Alah bawa satu je lah yang match dengan semua warna baju. Pastu kasut sukan, and stoking tu tebal-tebal sikit takut melecet pula sebab nanti berpeluh so kulit kau akan jadi lembut and senang nak melecet.
Ok that's all for today. Nanti aku post pula pasal UITM Segamat ni. HAHAHA.
Assalamualaikum and bye!