Assalamualakum dan hi!
Sepatutnya semalam aku share pasal UITM Segamat. Tapi aku malas semalam. Hari ini aku agak rajin so, barulah hari ini aku nak post pasal UITM Segamat ni. UITM Segamat ini juga dikenali UITM Johor dulu tapi sekarang dah ada UITM Pasir Gudang so tak boleh nak panggil UITM Johor. Nanti orang pening pula UITM Johor dekat Segamat atau Pasir Gudang? HAHAHA. UITM Segamat juga dikenali sebagai Kampus Simfoni Alam.
Kenapa panggil Simfoni Alam? Sebab dia dikelilingi dengan gunung-gunung yang popular dekat Johor ni. And also, kalau kau orang bertuah kau orang akan dapat tengok burung enggang dekat sini. Aku banyak kali juga dapat tengok burung enggang tu. Besar dan sangat cantik! Ada 2 ekor yang besar and masa tu aku nampak anak dia. Tak ingat ada berapa anak dia masa tu.
Ok. Sekarang aku akan beri peta UITM Segamat ni. Peta ni akan menunjukkan semua blok yang ada dekat dalam UITM Segamat ni. Tapi jangan pening kepala lah ya. Nah aku bagi besar punya.
Kolej
Alright first aku akan start dari kolej sebab of course lah benda pertama yang kau cari bila sampai nanti kau akan cari kolej. Kolej terbahagi kepada 3 sektor tau. Sektor A, Sektor B dan Sektor C. Nak tengok peta dekat atas dia memang tak tulis mana sektor A, B dengan C. Ok, aku dah gigih edit tadi nak tunjuk dekat kau orang mana sektor A, B dan C. Dipersilakan untuk tengok gambar dekat bawah ni.
Sektor A
Sektor A khas untuk mahasiswa (pelajar lelaki). Ada 3 kolej. Taming Sari (TS), Sempana Riau (SR) dan Suluk Belingkung (SB). Tapi aku tak tahu sangat kedudukan 3 kolej ni. Yang aku tahu dekat sebelah yang nombor 4 kalau kau orang tengok kan aku ada tulis sektor A tu kan. Ha yang tu Suluk Belingkung (SB). Yang lagi 2 tu aku takut tertukar. So, nanti kau orang cari lah sendiri. HAHAHA. Tak apa nama kolej akan terpampang dekat depan kolej tu nanti. Tak usah risau. Tapi untuk sem aku yang lepas, ada mahasiswi duduk dekat SB ni. Sebab kolej tak cukup. Yang aku tahu budak extend (repeat).
Sektor B
Sektor B memang khas untuk mahasiswi. Sektor B pun ada 3 kolej. Mutiara, Baiduri dan Nilam. Nama untuk Sektor B ni tak complicated macam Sektor A ya. HAHAHA. Sektor A memang belit lidah kau nak sebut. Untuk kolej Baiduri yang aku tahu khas untuk komander. So, sesiapa yang nak jadi komander nanti kau orang akan duduk dekat kolej Baiduri ni. Sorrylah untuk Sektor A dengan B ni aku tak berapa nak tahu sangat. Yang aku tahu untuk Sektor A dan B ni bilik dia 4 orang.
Sektor C
Ha yang ni aku boleh cerita panjang lebar sikit sebab aku duduk dekat Sektor C. Sektor C ni special sikit. HAHAHA. Sebab apa? Sebab dia ada 4 kolej. Intan, Zamrud, Sempana Alam Buana (SAB) dan Si Manja Kini (SMK). Ha bab SAB dan SMK ni memang berbelit lidah sikit nak sebut. HAHAHA. Aku tak tahu kenapa nama dia complicated sangat. Ada lagi yang special bab sektor C ni. Dekat sektor C ni ada bilik untuk 2 orang dan ada juga bilik untuk 4 orang. Blok yang depan untuk bilik 2 orang. Blok yang belakang untuk bilik 4 orang. Untuk sem 1 aku dapat bilik yang 2 orang. Usually junior yang baru masuk memang diletakkan dekat blok depan iaitu bilik 2 orang. Bilik dan tandas dekat Sektor C pun besar. Kalau Sektor B dia kecil sedikit. Tapi kedua-duanya selesa lah untuk kau tinggal.
Tempat makan
Ok, ni antara tempat yang paling penting untuk semua orang. HAHAHA. Nanti kebulur kau orang. Ada 3 tempat makan dekat UITM Segamat ni. NR cafe, PAMA dan IFC. Kalau kau tengok peta nombor 22, 23 dan 24. Ha tengok lah puas-puas kedudukan dia. NR cafe dia memang dekat dengan Sektor A dan B. Aku tak tahu sangat pasal NR cafe ni sebab masa MDS je aku jejak kaki dekat sini. Lepas tu tak jejak sangat sebab jauh weh dari sektor C. Aku tak tahu pukul berapa dia buka. PAMA dia berdekatan dengan setiap kelas yang ada. PAMA memang buka awal. pukul 8 tu memang dah buka lah. So, ramai student yang sebelum nak ke kelas akan makan dulu kat PAMA then baru pergi kelas. Tapi student jenis ni bukan aku lah sebab aku tak rajin nak bangun awal. Usually aku akan sarapan dalam bilik ja berbekalkan Milo 3in1 dan biskut. HAHAHA. IFC pula, memang tempat makan yang paling famous sebab banyak pilihan makanan. Tempat lepak paling famous ah. Sektor A, Sektor B dan Sektor C semua memang suka lepak dekat sini. Paling best bila ada lawan bola or badminton ke kat dalam TV sebab semuanya akan berkumpul dekat depan TV and bersorak macam orang gila. HAHAHA. Pak cik jual makanan pun join ok. HAHAHA. IFC ni dia buka pukul 10. Tak awal macam PAMA. Sebab tu aku sarapan dekat dalam bilik ja. Kelas aku start pukul 10. Aku start gerak dalam pukul 9.45 nak pergi kelas. Memang mimpi ah nak sarapan dekat IFC.
Tempat belajar
Tempat belajar memang merata lah kan kalau dah nama universiti ni. Atau kau orang boleh panggil bilik kuliah lah. Kalau kau orang tengok dalam peta bilik kuliah dekat nombor 1, 2, 3, 4 dan 5. Yang paling dahsyat adalah nombor 5 iaitu Bangunan Karyawan. Obviously sebab dia tinggi dan macam di alam kayangan gitu. HAHAHA. Kelas aku kebanyakannya dekat Bangunan Karyawan and pagi-pagi aku kena mendaki pergi dekat sana. Penat weh. Sektor C memang jauh dari bilik kuliah ni. So, sesiapa yang sektor C ni memang berpeluh lah pagi-pagi nak pergi kelas.
Library
Dekat sini library ada 2. PTDI 1 and PTDI 2. PTDI tu apa? PTDI tu Perpustakaan Tun Dr Ismail. PTDI 1 adalah perpustakaan yang baru and warna purple. Aku selalu belajar dekat situ sebab ada 'bean bag'. Ha carilah sendiri bean bag tu apa. Selalunya bukan belajar pun kalau pergi PTDI ni. Kalau nak assignment ja lah aku belajar. Kalau nak buat revision ke apa memang tak belajar lah. Selalunya terus jadi group bergosip. HAHAHA. PTDI 2 ni yang lama. Student selalu pergi PTDI 2 sebab dekat dengan kolej. And also, ada juga bilik kuliah dekat PTDI ni. Selalunya yang guna PTDI as bilik kuliah ni course Pengurusan Maklumat iaitu course aku ni lah. Sebab Pengurusan Maklumat ni dia berkaitan dengan library and segala organization yang berkaitan dengan maklumat. Nanti aku cerita eh pasal Pengurusan Maklumat ni. Biar terbuka sikit mata orang yang cakap Pengurusan Maklumat ni untuk jadi kerani. Nanti aku share ya. Yang kau orang perlu tahu course Pengurusan Maklumat bukan untuk jadi kerani ya. HAHAHA.
Tempat riadah
Banyak weh tempat riadah dekat sini. Antaranya yang dekat dalam peta adalah nombor 8, 9, 13, 16, 17 dan 18. Yang itu yang ada dalam peta. Yang tak ada dalam peta adalah gym. Gym ada dekat sektor masing-masing lah. Kalau sektor C dekat kolej Zamrud. Kalau sektor A dan B aku tak tahu pula. Tapi memang setiap sektor ada gym. Siapa nak main badminton ke apa ke boleh main dekat nombor 9 (Dewan Sri Peria). Selalunya budak lelaki yang beriadah dekat situ. Nanti dengar lah dia orang menjerit-jerit dalam tu. And Kelab Taekwondo pun ada buat latihan dekat DSP ni. Kalau nak main bola tu bolehlah pergi dekat nombor 13 tu. Bersebelahan dengan padang kawad. Ni aku nak cakap eh, tempat riadah ni memang dimonopoli oleh mahasiswa je lah. HAHAHA. Sebab perempuan tak rajin nak beriadah macam lelaki. HAHAHA. Kecuali siapa yang aktif lah akan main netball atau handball ke gitu. Kalau kau orang jenis tak ada geng nak beriadah. Setakat ada kawan seorang atau dua orang bolehlah pergi gym atau gym ramai sangat ke orang kau orang boleh berjogging satu UITM lah. Aku pernah try jogging satu UITM lelah weh. HAHAHA. Besar sangat and aku pula bukanlah seorang yang aktif bersukan. HAHAHA.
Sebenarnya ada banyak lagi yang aku nak terangkan tapi aku dah malas nak menaip. Maybe malam nanti aku akan sambung part 2 pula. HAHAHA. Ok itu sahaja dari aku buat masa ni.
Assalamualaikum dan bye!