UITM Segamat Part 2 ( uitm )

Assalamualaikum dan hi!

Alright seperti yang telah dijanjikan. Aku sambung balik post aku tengah hari tadi berkaitan dengan UITM Segamat. Segala bangunan yang ada dekat UITM Segamat ni. Post yang lepas aku dah cerita pasal kolej, tempat makan, bilik kuliah, PTDI and tempat riadah. Kali ni aku akan cerita pasal yang baki-baki bangunan yang ada lah. Untuk memudahkan kau orang, aku akan bagi lagi gambar peta UITM Segamat ni. Tengok kat bawah ni.



Unit Kesihatan (Penawar) Nombor 11.

Yang ni lebih kurang klinik lah. Kalau kau orang sakit pergi je sini and mostly student datang dengan impian untuk dapat MC. HAHAHA. Doktor kat sini bertauliah ya bukan ambil tangkap muat ja. Aku tak pernah jejak kaki lagi kat penawar ni. Setakat tengok dari luar ja lah mampu. Almaklumlah aku ni sihat orangnya. HAHAHA. Kalau sakit pun aku memang tak pergi klinik sebab malas. Kalau dapat ubat bukan makan pun.

Bengkel Elektrik Nombor 15.

Bengkel elektrik ni tak ada kena mengena pun dengan student. Saja aku nak cerita. Buat tambah general knowledge je lah. HAHAHA. Berdekatan dengan padang kawad. Nanti kalau masa kor jumpa lah bengkel elektrik ni. Oh ya! Nanti aku cerita dekat kau orang eh pasal kor. Sebab untuk yang awal-awal masuk ada yang tak berapa pasal kor ni. Masa MDS nanti pun dia orang terangkan tapi aku nak terangkan juga. HAHAHA.

Bangunan Sri Bendahara (Admin) Nombor 19.

Senang cerita bangunan ni as titik tengah UITM Segamat ni lah. Segala urusan kau dengan UITM dekat bangunan ni lah. Kau masuk masuk UITM ja memang jumpa bangunan ni. Pejabat HEA, Pejabat Islam semua lah ada dekat sini. Segala urusan-urusan dengan office pejabatnya ada dekat admin ni. Pejabat Islam ni jangan salah faham pula. Pejabat ni sekali ja aku pernah jejak sebab nak kena tebus cop. Nanti aku cerita kenapa kena tebus cop eh. 

Blok Pensyarah A dan B Nombor 20 dan 21.

Blok ni dah kalau nama blok pensyarah so memang bilik-bilik untuk pensyarah lah. Blok Karyawan pun ada blok pensyarah. Depends on pensyarah kau orang lah bilik dia dekat mana. Dekat blok pensyarah juga lah ada bilik MPP. Bilik MPP ni kepentingan dia bagi aku lah eh penting untuk tebus cop aktiviti. Blok pensyarah ni agak scary juga bagi aku sebab memang sunyi. Kalau ada orang pun surrounding dia senyap ja. First time aku lalu Blok Pensyarah ni masa tu lepas MDS and aku memang naif betul lah dengan blok-blok yang ada kat UITM Segamat ni. Then terjumpa pula Blok Pensyarah ni. Scary weh nak lalu sebab rasa macam laluan dia gelap. HAHAHA. Imaginasi aku memang banyak ah kan aku fikir. HAHAHA.

Pos Utama Polis Bantuan Nombor 25.

Yang ni tak ada lah penting mana aku nak terangkan. Tapi aku terangkan juga lah. Yang ni kau masuk masuk UITM ja memang dah jumpa lah kan. Penting eh kau orang keluar kena pakai kad matrik so that masa kau nak masuk UITM nanti tak kena tahan. Kalau nak masuk balik polis bantuan akan check kau pakai kad matrik atau tak. Kalau tak pakai tak boleh masuk and kena denda.

Ok. Yang ni ja lah sambungan aku untuk malam ni. Harap membantu kau orang bila dapat masuk UITM Segamat nanti. Nanti tak ada lah rasa sesat barat sangat bila masuk sebab masa awal aku masuk memang sesat barat weh. Sebab aku tak nak pisang berbuah dua kali. Eceh. So, aku post entri ni untuk kemudahan kau orang. Kalau tak faham juga tak payah risau. Sebab lama-lama kau rasa UITM ni kecil ja. HAHAHA. Tapi bila bab pergi kelas kau akan rasa UITM ni macam besar sebesar-besar alam. HAHAHA. That's all from me. Have a good day guys!

Assalamualaikum dan bye!