Assalamualaikum dan hai~!
Dah lama gila aku tak post kat blog ni. Patutnya aku post pasal kor uitm tapi sampai ke sudah tak buat 😂 Cuti 5 bulan punya lama tapi tak ada masa nak update blog 😂 Ada juga yang email aku bertanya pasal UITM Segamat. Terima kasih sebab sudi bertanya. Cewahhh 😂 Untuk sesiapa yang nak bertanya pasal UITM Segamat or kos pengurusan maklumat bolehlah email aku. Emailnya ialah emilyauni98@gmail.com. Kalau ada benda yang kau orang memang nak tahu gila-gila tapi tak ada medium nak ajukan soalan boleh tanya dekat aku through email. InsyaAllah aku respond cepat, pantas dan penuh dengan informasi yang tepat. HAHAHAHA. 😂
Alright, hari ni seperti yang kau orang tengok dekat tajuk, aku nak cakap pasal jadual. Baru je tadi aku scroll twitter and ada budak yang baru masuk diploma tanya macam mana nak tahu jadual kelas. Haa, benda ni memang penting ni nak share. Takkan nak harapkan kawan sekelas sahaja kan? At least kita pun kena lah tahu.
Ok, nak tengok jadual kelas, kau orang boleh tengok melalui iCress atau download lumos uitm.
1. ICRESS
iCress ni korang boleh taip je kat google and dia akan terus keluar website dia. Bila dah tekan website, korang kena masukkan subjek korang and nanti dia akan tunjukkan hari apa, pukul berapa, dan dimana subjek tu akan diadakan. But bagi aku, guna iCress ni leceh sikit sebab korang kena salin sendiri jadualnya. Sebab dia keluar satu-satu. Aku lebih syorkan guna lumos uitm.
2. Lumos uitm
Lumos uitm ni adalah satu apps khas untuk student uitm. Korang boleh tengok jadual dari sini and secara automatik dia akan bentukkan jadual bila korang masukkan subjek yang korang belajar. Unlike iCress, iCress takkan bentukkan jadual korang. Korang kena tulis sendiri. Kalau lumos dia dah siapkan jadual according to your class and subjek then korang boleh terus screenshot and print atau sebarkan dengan classmates korang.
Ok, post kali ni pendek sahaja aku buat. Lepas ni, aku akan buat macam mana nak guna lumos uitm ni. Janji, lepas aku post ni, aku akan straight forward share macam mana nak guna lumos uitm. Tak nak bertangguh sebab takut tahun depan baru aku buat 😂😂 Alright, assalamualaikum dan bye ~!