Lumos UITM Segamat

Assalamualaikum dan hai~!

Ok, sekarang aku nak share macam mana nak guna lumos uitm. Untuk entry kali ni, aku khaskan untuk student UITM Segamat ja. Kalau student dari UITM lain pun boleh juga baca entry ni. Cuma cara yang ni aku tunjukkan kalau korang student UITM Segamat. Jangan pening, maksudnya, aku jadikan UITM Segamat as contoh lah.

First thing yang korang kena buat adalah download lumos uitm di phone korang. Harap maaf kepada pengguna iphone kerana apps ini hanyalah boleh didownload oleh pengguna android. Korang boleh download apps ni through play store ja. Semudah ABC.

Second, bila dah habis download, korang masuk kat lumos tu and terus tekan timetable. Icon yang pertama sekali belah kiri.

Third, tekan manage timetable. Then, ada simbol 'tambah (+)'. Tekan simbol tu and tekan manual.

Alright, dia akan keluar macam seolah-olah borang yang korang kena isi so that dia akan generate jadual korang.

So, yang atas sekali korang tap satu kali and dia akan keluar banyak nama kos and ada certain nama cawangan UITM. Untuk student UITM Segamat, korang scroll sampai bawah sekali and tekan yang ada tulis SG-KAMPUS UITM SEGAMAT.

After that, bawah box tu, ada lagi satu box untuk subject. And korang masukkan lah subject yang korang kena belajar untuk sem tu. Macam mana nak tahu subject apa yang kita akan belajar? Korang boleh tengok dekat laman web UITM Segamat. And cari kos korang. Nanti dia akan tunjukkan jadual untuk sem tu korang kena belajar subject apa.

So bila dah tekan subject apa. Swipe ke kiri and dia akan tunjukkan ada class apa. Then, swipe lagi kiri and korang kena masukkan korang kelas apa. Sama ada kelas A, B, C and etc. Bila dah pilih kelas, tengok dekat bahagian bawah ada button 'add'. Then, korang tekan button tu. Automatically, apps ni akan terus generate jadual korang mengikut class tu.

And, korang kena ulang step yang sama untuk subject yang lain. Bila dah masukkan semua subject, baru lah jadual korang dah siap sedia and korang boleh screenshot and sebarkan kepada classmates korang. Semudah ABC 😂

So, itu sahaja untuk post yang ni. Again, kalau ada nak tanya apa-apa atau korang ada problem ngan lumos uitm ni bolehlah email aku di emilyauni98@gmail.com. Jangan segan jangan malu jangan takut. InshaAllah aku jawab setiap pertanyaan dengan cepat.

Ok, Assalamualaikum dan bye~!